Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Federasi Bola Sepak ASEAN (AFF) hari ino mengumumkan lembaran baharu untuk kejohanan Piala AFF dengan syarikat pembuatan peralatan elektronik dan elektrik terkemuka global dari Jepun, Mitsubishi Electric dinamakan sebagai penaja utama kejohanan tersebut.
Saingan Piala AFF 2022 akan berlangsung pada bulan Disember ini, edisi yang ke 14 itu akan dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.
Menggunakan slogan, “Together, we can build better” (Bersama-sama kita membina dengan lebih baik), tajaan Piala AFF Mitsubishi Electric adalah lanjutan daripada aspirasi Mitsubishi Electric untuk mengeratkan hubungan antara pemain, peminat dan semua pihak berkepentingan mereka bagi memupuk semangat perpaduan.
Di samping itu, sebagai pengeluar peralatan elektrik yang pelbagai, Mitsubishi Electric Group menyasarkan untuk mengembangkan perniagaannya dalam rantau Asia Tenggara yang…