Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Piala Asia: Malaysia ikat Korea Selatan 3-3

today25 January 2024

Background


Faisal Halim bersorak selepas menjaringkan gol pertama untuk Malaysia. (Gambar Bernama)

DOHA: Skuad Harimau Malaya menampilkan belangnya dan hampir menumbangkan juara dua kali Korea Selatan sebelum mencatat keputusan seri 3-3 pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub.

Pemain tengah, Jeong Woo-yeong, membuka tirai jaringan di separuh masa pertama sebelum Malaysia bangkit mendahului perlawanan selepas 17 minit separuh masa kedua bersambung, menerusi gol Mohamad Faisal Abdul Halim dan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi.

Namun, Korea Selatan menyamakan kedudukan ketika berbaki 10 minit masa permainan sebenar hasil gol sendiri penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, sebelum mendahului 3-2 menerusi penalti pemain bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, pada masa tambahan.

Pemain gantian Romel Morales menyumbat gol ketiga pasukan negara pada masa tambahan yang memasuki 15 minit, untuk menghadiahkan satu mata kepada Malaysia pada kempen kali…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

‘Hadiah terbesar buat penyokong’ – Hannah

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memuji persembahan skuad Harimau Malaya yang hampir mengaibkan gergasi Asia, Korea Selatan sebelum seri 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, hari ini.

today25 January 2024