Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Piala Thomas: Jonassen ambil tanggungjawab penuh atas kekalahan Malaysia

today1 May 2026

Background


Kenneth Jonassen
Pengarah kejurulatihan perseorangan negara, Kenneth Jonassen, kata beliau ambil tanggungjawab penuh atas kekalahan Malaysia. (Gambar Bernama)
HORSENS:

Pengarah kejurulatihan perseorangan negara, Kenneth Jonassen, mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan Malaysia pada Piala Thomas 2026.

Jonassen yang mengakui kelemahan pasukan negara menyifatkan prestasi keseluruhan mereka sebagai ‘tidak mencapai tahap’, selepas tersingkir pada peringkat suku akhir apabila tewas 0-3 kepada juara bertahan China di Forum Horsens.

“Sepanjang kempen ini, sudah pasti saya amat kecewa dengan prestasi kami kerana kami hadir dengan terlalu banyak kelemahan dalam permainan.

“Atas perkara itu, sudah tentu saya mengambil tanggungjawab penuh. Ia tidak mencapai tahap. Jadi, itulah bahagian yang mengecewakan ketika ini,” katanya dalam temu bual selepas perlawanan.

Selain kekalahan kepada China, jurulatih dari Denmark itu merujuk kepada kesukaran sepanjang minggu, khususnya dalam kem perseorangan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post