Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pihak dari negeri lain kutip zakat di negeri berbeza suatu kesalahan, kata Jakim

today24 April 2026

Background


Sirajuddin Suhaimee
Ketua Pengarah Sirajuddin Suhaimee seru masyarakat beri ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana zakat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Hanya amil bertauliah diberi kuasa untuk mengutip zakat di negeri berkenaan, tegas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Sirajuddin Suhaimee berkata pihak dari negeri lain mengutip zakat di negeri berbeza adalah suatu kesalahan.

Katanya, isu itu dibincangkan dan telah diputuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, serta dibentangkan di Majlis Raja-Raja dan mendapat perkenan.

“Sekarang di peringkat negeri untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak dari negeri yang lain mengutip zakat di negeri mereka,” katanya, lapor Bernama.

“Hanya amil yang bertauliah bagi negeri tersebut sahaja yang layak dan bertanggungjawab diberi kuasa untuk mengutip zakat, sama ada zakat fitrah ataupun zakat harta dan sebagainya di negeri berkenaan.”

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post