Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pikap terbabas, 3 beranak maut

today6 August 2022

Background



Pasukan polis dan bomba yang tiba di lokasi kejadian mengeluarkan mayat yang tersepit dalam kenderaan terbabit malam tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tiga beranak maut manakala seorang lagi anggota keluarga itu parah selepas pikap dinaiki dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang jejambat di Jalan Lintas, Luyang, Kota Kinabalu, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah, pemandu Jimmykal Assam, 44, dan dua anak lelaki dan perempuan berusia belasan tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, seorang lagi anak lelaki pemandu berusia lima tahun dilaporkan parah dan sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut.

Mohd Zaidi berkata siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan Nissan Navara dipercayai terbabas dan merempuh tiang jejambat.

β€œSiasatan masih diteruskan dan keterangan termasuk butiran dua mangsa akan dikemaskini. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post