
PETALING JAYA: Seorang bekas anggota polis memfailkan permohonan bagi mendapatkan deklarasi bahawa kesalahan memikat wanita yang sudah berkahwin dengan niat melakukan persetubuhan terlarang bercanggah dengan perlembagaan.
Azri Awang berkata, peruntukan bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan itu melanggar Perkara 5(1) dan 8(1) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dalam saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban pada Julai, dia berkata, peruntukan itu menyekat kebebasan peribadinya dan hanya mendiskriminasikan lelaki.
Azri mahu mahkamah membatalkan peruntukan itu dan mengisytiharkannya sebagai bercanggah dengan perlembagaan, atau mengubah suai seksyen itu seperti yang dibenarkan bawah Perkara 162(7) dan 162(8), memandangkan undang-undang itu digubal sebelum…