
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu secara peribadi berkata Perikatan Nasional (PN) tidak boleh sambil lewa jika ingin menawan Negeri Sembilan, mengambil contoh tindakan itu antaranya melantik Ahmad Faizal Azumu sebagai ketua gabungan tersebut.
Ketua Bersatu Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith, berkata ini kerana Faizal atau lebih dikenali Peja dibebani pelbagai tanggungjawab antaranya timbalan presiden Bersatu yang memerlukannya bergerak di peringkat nasional.
Menurut Eddin yang digantikan Faizal sebagai pengerusi PN pada Jun lalu, beliau melihat ramai lagi pemimpin di Negeri Sembilan boleh menggalas tanggungjawab itu.
“PN Negeri Sembilan tidak boleh dipandang mudah kalau betul-betul serius nak melawan atau nak perkukuhkan.
“Kita tak boleh sambil lewa, kalau dari awal lihat Faizal ini dibebankan tanggungjawab yang banyak macam…
