Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Pilih Langkawi Sebagai Lokasi Majlis, Janna Nick Bakal Berkahwin Dengan Dini Schatzmann 10 Jun Ini?

today11 May 2023

Background

Tiada angin tiada ribut, heboh di media sosial berhubung pelakon jelita, Janna Nick yang dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya, aktor Dini Schatzmann.

Memetik laporam Kosmo, sumber mendedahkan wakil daripada pihak Janna telah menghantar borang pernikahan di Pejabat Agama Daerah Langkawi.

Malah, pasangan selebriti ini dikatakan telah memilih lokasi untuk majlis pernikahan mereka pada 10 Jun depan di sebuah resort mewah terletak di Pantai Cenang Langkawi.

Jelas sumber juga, majlis tersebut difahamkan akan berjalan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga rapat kedua-dua belah pengantin sahaja.

Pada akhir Februari lalu, Janna dan kekasihnya berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu berkata akan memaklumkan bakal mengumumkan mengenai berita penting seakan menguatkan desas-desus mereka bakal mengakiri zaman bujang bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Lepas Ramadan” – Hubungan Tak Bermasalah, Dini Schatzmann & Janna Nick Bakal Umum ‘Big News’

Sumber: Kosmo

Written by: Aqilah


Previous post