PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka menetapkan tarikh baru atau pilihan raya kecil di Parlimen Padang Serai susulan kematian seorang calonnya.
Menurut Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan 11(6), SPR boleh menetapkan tarikh baru yang berasingan sekiranya ada calon yang meninggal dunia.
Hari ini, Calon Pakatan Harapan untuk kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya dilaporkan meninggal dunia pada usia 69 tahun.
BERITA LANJUT MENYUSUL