
PETALING JAYA: Libat urus antara kerajaan persekutuan dan negeri berhubung penambahbaikan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) sudah selesai dijalankan, kata Menteri Hal Ehwal Agama Mohd Na’im Mokhtar.
Na’im berkata antara penambahbaikan yang dibincangkan termasuklah perkara yang melibatkan peningkatan hukuman untuk jenayah syariah, lapor Bernama.
“Dalam konteks sekarang mahkamah syariah hanya diberi bidang kuasa di bawah jenayah, boleh mengenakan hukuman yang maksimum iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.
“… maknanya undang-undang sedia ada melibatkan kesalahan jenayah syariah seperti menghina agama umpamanya mahkamah tidak boleh mengenakan hukuman lebih dari itu, jadi saya sebagai menteri,…