TAIPING: Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) tidak akan mempengaruhi usaha kerajaan mewujudkan satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai ‘kill switch’ kepada aktiviti penipuan dalam domain atau platform dalam talian.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata ini kerana kedua-dua akta berkenaan sama sekali berbeza dari sudut teknikal dan pelaksanaan perundangan.
“Pindaan Akta 709 ini lebih kepada jaminan untuk memastikan data peribadi yang disimpan itu selamat. Sekiranya berlaku insiden kebocoran atau penggodaman, maka di situ kita perlu letak peruntukan undang-undang yang memerlukan secara mandatori untuk pihak berkepentingan memberikan notis tentang perkara itu.
“Manakala akta baharu yang ingin diwujudkan lebih terarah kepada membasmi penipuan dalam…