Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) berkata pindaan itu menekankan aspek kebajikan individu bankrap.

PETALING JAYA: Barangan keperluan asas individu bankrap seperti peti ais, peralatan memasak, termasuk kelengkapan mencari rezeki harian antara pengecualian diberikan dalam cadangan pindaan Akta Insolvensi 1967.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) Azalina Othman Said, berkata pindaan itu dijangka dibentang di Parlimen, selewat-lewatnya awal bulan depan.
Katanya, menerusi pindaan itu, enam perubahan dasar diberi perhatian oleh kerajaan, antaranya memberi penekanan terhadap aspek kebajikan individu bankrap ketika dalam pentadbiran ketua pengarah insolvensi, susulan peningkatan kos sara hidup.
Beliau berkata, antara cadangan pindaan penting…