Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pindaan Akta Perubatan rangkum pengiktirafan semua pakar, kata Dzul

today10 April 2024

Background


Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, KKM bekerjasama rapat dengan Jabatan Peguam Negara untuk memuktamadkan pindaan Akta Perubatan.

PETALING JAYA: Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 untuk menyelaraskan pengiktirafan pakar oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM) akan merangkumi kedua-dua program laluan selari di kolej luar negara dan kursus sarjana tempatan, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Katanya, beliau “sudah lama” berusaha menangani isu ini dan telah berbincang dengan wakil daripada Jabatan Peguam Negara berhubung pindaan itu.

“Kementerian mengadakan libat urus yang baik dengan Jabatan Peguam Negara dan (kami) sedang dalam peringkat akhir meneliti pindaan itu.

“Ini bukan sahaja melibatkan pelatih program laluan selari tetapi juga mereka yang melanjutkan pengajian sarjana di dalam negara.

“Harus difahamkan, KKM dipandu oleh Jabatan Peguam Negara (dalam perkara ini),” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Ampang hari ini.

Menteri itu berkata…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Elill Easwaran


Previous post