Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Pinn Yang Luah Hasrat Buka Yayasan, Dapat Banyak Mesej Minta Bantuan

today6 August 2024

Background
pinn yang hot

Pencipta kandungan terkenal, Pinn Yang mendedahkan dia banyak menerima mesej dan e-emel yang meminta bantuan kewangan daripada pelbagai aspek.

Pempengaruh yang juga pemilik Good Foodie Media itu tidak menafikan ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan dan kesenangannya itu.

Ketika ditemui XTRA, Pinn Yang berkata dia bercadang untuk membuka yayasan sendiri supaya boleh terus membantu mereka yang memerlukan.

“Ada yang mesej saya minta bantuan seperti nak beli susu anak, untuk pendidikan dan sebagainya.

“Saya bagi je bantuan tapi tak dinafikan, ada juga segelintir individu yang mengambil kesempatan dengan menggunakan beberapa nombor telefon berbeza,” katanya.

Pinn Yang berkata demikian ketika ditemui di sidang media TikTok Awards yang berlangsung di The Estate on Federal Hill, Petaling Jaya baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Pinn Yang atau nama sebenarnya Nicholas Lim mengakui tidak mampu menghulurkan bantuan kepada setiap individu kerana jumlah yang ramai.

Justeru, Pinn Yang berhasrat untuk mengukuhkan kewangannya agar niat murni untuk membantu orang dalam lain akan tercapai.

“Jadi saya rasa mungkin saya boleh buat yayasan untuk tolong orang, biar organisasi atau komuniti yang bagi bantuan tu. Saya memang tak boleh tolong semua orang, terlalu banyak.

“Saya kena naikkan bisnes saya lagi, bila dapat keuntungan saya boleh berkongsi dengan ramai orang,” tuturnya lagi.

Pinn Yang yang berusia 31 tahun ini merupakan CEO kepada rangkaian Good Foodie Media yang meliputi semua jenama platform foodie iaitu Penang Foodie, KL Foodie, Johor Foodie, Halal Foodie. Mereka juga telah kembangkan sayap ke Jakarta dan Bangkok.

Untuk info, Pinn Yang tercalon dalam kategori TikTok Shop Creator of the Year di TikTok Awards 2024 yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos ini.

Siaran langsung anugerah TikTok Awards Malaysia 2024 ini boleh menonton siaran langsung di TV3 dan akaun TikTok Malaysia di TikTok pada jam 9:00 malam.

TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).

Artikel Berkaitan: Pertaruh 12 Kategori Sempena TikTok Award 2024, Gelaran Creator Of The Year Bakal Jadi Rebutan

Artikel Berkaitan: Didengari 7.4 Juta Pengguna! Aina Abdul Bersyukur Lagu Duet Bersama Fabio Asher Meledak Di TikTok

Written by: Aqilah


Previous post