Menerusi video yang dimuat naik oleh @zeemangos, kelihatan seorang kanak-kanak sedang tidur di dalam sebuah kereta yang berkunci.
Ibu dan kakaknya yang berada di luar sudah puas mengetuk tingkap untuk mengejutkannya. Apa yang lebih menghiburkan, terdapat juga beberapa orang awam di situ turut membantu menggegarkan kereta namun lena kanak-kanak itu masih tidak terusik.
Difahamkan, dia ditinggalkan sebentar kerana ibu dan kakaknya itu pergi ke klinik. Pada akhir video tersebut, kanak-kanak itu sudah pun bangun tetapi dilihat masih mamai.