
ALOR SETAR: Bahagian pintu pagar dan tembok hadapan kediaman rasmi menteri besar Kedah, Seri Mentaloon, dekat sini dilempar cat oleh individu tidak dikenali, pagi ini.
Ketua Polis Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu, 10 pagi daripada anggota yang bertugas di pos pengawal kediaman rasmi menteri besar.
“Anggota pos pengawal memaklumkan kejadian itu belum berlaku semasa dia datang bertugas pada 7 pagi tadi. Jadi, kita percaya ia berlaku sebelum 9.55 pagi kerana staf bertugas hanya menyedari kejadian sekitar waktu itu sebelum melaporkan kepada polis, 10 pagi.
“Hasil siasatan telah menjumpai dua beg plastik masing-masing berisi cat biru dan merah di sekitar kawasan kejadian yang ditinggalkan oleh suspek,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi…