
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas susulan insiden kelewatan pembukaan pintu masuk Stesen Anak Bukit pada awal pagi tadi.
Kejadian berkenaan menyebabkan dianggarkan seramai 25 penumpang terlepas dua perkhidmatan KTM Komuter seawal jam 5.58 pagi (Tren 2901) dan 6.18 pagi (Tren 2903).
Menurut kenyataan KTMB, Stesen Anak Bukit sepatutnya mula beroperasi pada jam 5.30 pagi, namun petugas yang dijadualkan gagal…