PETALING JAYA: Seorang ahli akar umbi Muda berpendapat parti itu harus “berpisah” dengan pengasasnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jika Ahli Parlimen Muar berkenaan memutuskan menyertai jelajah bersama Perikatan Nasional (PN) ke seluruh negara.
Danial Jafri dari Muda Kuantan berkata parti itu telah menjadi kuasa ketiga selepas Syed Saddiq mengumumkan keluar dari blok kerajaan pada September tahun lalu.
Menurutnya, menyertai jelajah seperti diumumkan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin itu bermaksud menteri belia dan sukan berkenaan terperangkap dengan “kaedah lama”.
“Ini bermakna beliau pada tahap tertentu akan menyokong naratif populis yang berkisar tentang politik komunal,” katanya kepada FMT, sambil menambah itu bertentangan dengan perjuangan Muda.
“Jika ini berlaku, parti harus memutuskan hubungan.”
Sabtu lalu, Muhyiddin mengumumkan perancangan PN mengadakan siri…