Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pitam akibat kurang gula, warga emas pandu Myvi rempuh 2 kubur

today17 February 2022

Background



Perodua Myvi dipandu warga emas yang pitam merempuh dua tapak perkuburan, dalam kejadian di Tapak Perkuburan Islam Forest, Seremban. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Wanita warga emas yang memandu Perodua Myvi dipercayai pitam akibat kekurangan gula dalam darah sehingga kenderaan itu merempuh dua tapak perkuburan, dalam kejadian di Tanah Perkuburan Islam Forest, Seremban.

Dalam kejadian di kira-kira 10 pagi itu, wanita berusia 60 tahun berkenaan dikatakan baharu sahaja selesai menziarahi kubur arwah suaminya, di tanah perkuburan itu seorang diri.

Ketua Polis Daerah Seremban Nanda Maarof, berkata warga emas itu secara tiba-tiba pitam dalam kenderaan sehingga menyebabkan kereta dipandunya bergerak ke hadapan.

“Ketika hendak bergerak keluar dari tanah perkuburan tersebut, pemandu kenderaan itu berada dalam keadaan kekurangan gula dalam darah dan pitam dalam kenderaannya.

“Situasi itu menyebabkan kereta dipandu bergerak ke hadapan secara tidak sengaja…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Rexy mula cetus impak

Kuala Lumpur: Skuad wanita negara berjaya mencapai sasaran mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) sekali gus layak beraksi di Piala Uber secara merit.

today17 February 2022