
Port Klang Free Zone (PKFZ) bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, termasuk membantu sebarang audit berhubung dakwaan minyak sawit import dicampurkan dengan bekalan tempatan sebelum dieksport semula sebagai produk Malaysia.
Pengerusinya Lim Lip Eng berkata PKFZ beroperasi mengikut Akta Zon Bebas manakala penguatkuasaan ketulenan dan pematuhan produk terletak di bawah bidang kuasa agensi berkaitan.
Beliau berkata agensi terbabit termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), SIRIM, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
“Kami akan memberikan kerjasama dan bantuan sepenuhnya, termasuk menyediakan laporan berkaitan serta memudahkan sebarang permintaan audit,” katanya dalam kenyataan.
Lim turut…