Site icon Hot FM

PKNP saman pengerusi PSM isu pengusiran petani


Dr Michael Jeyakumar Devaraj ditahan semasa protes di Kanthan, Oktober lalu.

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) memfailkan saman terhadap Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Micheal Jeyakumar Devaraj atas dakwaan fitnah pada sidang media berhubung pengusiran sekumpulan petani di kawasan tanah pertanian di Kanthan, Ipoh tahun lepas.

PKNP selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi firma guaman MahWengKwai & Associates di Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Jan lepas dengan menamakan Jeyakumar sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan diperoleh media, PKNP mendakwa defendan mengadakan sidang media pada 1 Nov 2023 dan video sidang media tersebut diterbitkan semula pada hari sama dalam akaun Facebook bernama “Parti Sosialis Malaysia”, TikTok “partisosialis”, Instagram “Parti Sosialis Malaysia” dan akaun X “@partisosialis”.

Dakwa PKNP, kenyataan fitnah itu membawa maksud antaranya plaintif mengingkari perintah penggantungan interim oleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version