
PUTRAJAYA: PKR berazam mengatasi kemerosotannya dan terus memimpin Pakatan Harapan (PH) serta kerajaan pada masa depan, kata Setiausaha Agungnya Fuziah Salleh.
Dalam temu bual dengan FMT, Fuziah yang mula memegang jawatan itu pada 15 Sept lalu mengakui parti terbabit tidak menunjukkan prestasi baik dalam beberapa PRK sejak Presidennya Anwar Ibrahim menerajui kerajaan perpaduan selepas PRU15.
Bagaimanapun, beliau berkata parti itu telah mengenal pasti pelbagai isu timbul dan sedang dalam usaha menanganinya.
Fuziah berkata antara isu terbabit ialah persepsi bahawa parti itu tidak bersatu.
Beliau berkata perpaduan parti adalah kunci mengekalkan kepercayaan pengundi.
“Kami sangat pelbagai (dari segi pendapat) dan kepelbagaian ini membayangi barisan bersatu yang ingin kami pamerkan.
“Bercakap dengan (satu) suara adalah penting dan saya fikir kita telah…