Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PKR Kuala Selangor repot polis kekecohan pada mesyuarat tahunan

today3 March 2025

Background


kecoh di mesyuarat pkr
Klip video tular menunjukkan pertengkaran pada mesyuarat tahunan satu bahagian PKR di Kuala Selangor.

PETALING JAYA: Satu laporan polis dibuat berhubung kekecohan pada mesyuarat tahunan PKR Kuala Selangor kelmarin.

Setiausaha bahagian itu, Vikneswar Krishna Moorthy yang membuat laporan itu di Balai Polis Bestari Jaya berkata, sekumpulan individu diketuai tiga orang, termasuk seorang pemimpin Pemuda PKR Selangor mencetuskan kekecohan.

Tetapi, Vikneswar tidak mendedahkan kekecohan itu mengenai apa. Satu klip video pertengkaran itu tersebar di media sosial.

Vikneswar berkata, beliau cuba memujuk kumpulan itu untuk menyelesaikan pertikaian terbabit, tetapi mendapati mereka tidak memberi kerjasama.

Sementara itu, Thiban Subbramaniam, ketua PKR Kuala Selangor, berkata beliau turut akan membuat laporan polis berhubung kekecohan itu dan satu lagi laporan terhadap “Edisi Siasat” yang menyiarkan video kejadian berkenaan.

Katanya, mesyuarat tahunan itu adalah yang terakhir sebelum…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Leno muncul wira Fulham aibkan Man United

Manchester: Penjaga gol Fulham, Bernd Leno muncul wira apabila menyelamatkan dua sepakan penalti ketika mereka menewaskan juara bertahan Piala FA, Manchester United, 4-3 menerusi penentuan penalti untuk memastikan tempat di suku akhir, awal pagi tadi.

today3 March 2025