
Veteran PKR Tian Chua lebih wajar memainkan peranan di belakang tabir untuk memperkuatkan parti berbanding cuba kembali ke Parlimen, kata seorang penganalisis
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata tokoh era Reformasi seperti bekas Ahli Parlimen Batu itu masih mempunyai peranan penting dalam membantu memulihkan kekuatan PKR menjelang PRU16.
Namun, beliau memberi amaran usaha Tian Chua untuk kembali bertanding di kerusi Batu atas tiket PKR boleh mencetuskan ketegangan dalaman dalam parti.
“Saya fikir Tian Chua perlu bekerja di belakang tabir untuk membantu mengukuhkan PKR,” katanya kepada FMT.
Azmi berkata PKR perlu mengetengahkan barisan pemimpin muda sebagai calon pada pilihan raya akan datang.
Menurutnya, walaupun pengalaman Tian Chua masih bernilai kepada parti, ia tidak semestinya menjadi alasan untuk…