
PETALING JAYA: PKR Sabah nampaknya melemahkan Ketua baharunya, Mustapha Sakmud apabila mencalonkan Christina Liew bagi pemilihan jawatan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah baru-baru ini, menurut penganalisis politik.
Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah mempertikaikan sebab Mustapha tidak dicalonkan ketika perkara itu di peringkat undian dalaman. Menurutnya, pencalonan Liew dan bukannya Mustapha mampu melemahkan kepimpinan dalaman serta mengasingkan penyokong Mustapha.
Liew kalah tipis kepada Presiden Upko, Ewon Banedick untuk jawatan itu yang disandangnya sejak 2017.
Bilcher berkata, kecenderungan memilih Liew memberi gambaran PKR Sabah tidak menghormati perubahan kepimpinannya sendiri.
“Rasa tidak puas hati ini mampu membawa kepada pertelingkahan dalaman, menghakis keyakinan terhadap keupayaan PH mentadbir dengan berkesan ketika PRN semakin hampir,” katanya…