Hot FM

PKR Sarawak ‘bodoh’ rayu kerusi daripada GPS, kata penganalisis


SARAWAK ELECTIONS FLAG
Ketua Penerangan PKR Sarawak Tay Wei Wei dilaporkan meminta kerusi daripada Gabungan Parti Sarawak pada PRN akan datang.

PETALING JAYA: Dua penganalisis politik menyindir PKR Sarawak yang merayu Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperuntukkan kerusi kepadanya menjelang PRN akan datang.

Minggu lalu, Sinar Harian memetik Ketua Penerangan PKR Sarawak, Tay Wei Wei, menggesa GPS berjiwa besar untuk membenarkan parti itu dan Pakatan Harapan Sarawak bertanding di kerusi pernah ditandingi mereka, tetapi kalah kepada GPS pada PRN lalu.

Kenyataan Tay dibuat di tengah-tengah spekulasi GPS mungkin tidak memberi ruang kepada mana-mana parti dari Semenanjung yang bekerjasama dengan mereka menerusi kerajaan perpaduan untuk bertanding pada PRN akan datang, yang perlu diadakan pada April 2027.

James Chin dari Universiti Tasmania menyifatkan permintaan PKR Sarawak ‘sangat bodoh’ kerana GPS yang mendominasi DUN tidak pernah melayan idea memberi laluan kepada parti pembangkang di Sarawak.

PH Sarawak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version