

PKR mengumumkan penyusunan semula kepimpinan Sarawak termasuk pelantikan ketua baharu sebagai persediaan berdepan PRN.
Mahmud Epah yang sebelum ini setiausaha PKR Sarawak dipilih mengetuai Majlis Pimpinan Negeri (MPN) baharu, menggantikan Ahmad Nazib Johari.
Langkah itu susulan pertemuan pimpinan PKR negeri bersama Presiden Anwar Ibrahim di Kuching semalam.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata penyusunan semula itu bertujuan mengukuhkan jentera parti dan strategi pilihan raya bagi berdepan PRN dijangka berlangsung Disember ini.
“Mesyuarat menegaskan bahawa tumpuan utama adalah kepada strategi dan gerak kerja pilihan raya sebagai rangka persiapan menyeluruh,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, Nazib akan meneruskan perannya dalam mengukuhkan hubungan antara pimpinan pusat dengan Sabah dan Sarawak, selaras objektif parti memperkasakan jaringan…