
PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim mendedahkan parti itu diberikan kerusi yang digambarkannya sebagai “Kategori F” ketika rundingan bersama Pakatan Harapan bagi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang.
Beliau turut berkata, PKR berkemungkinan akan bertanding di 29 kerusi.
Menolak dakwaan bahawa PKR “tamak”, Anwar berkata parti itu “dibebankan” dengan kerusi yang tidak dimahukan pihak lain kerana parti berkenaan tapak atau harapan untuk menang di situ.
Tambahnya, PKR juga tidak mahu Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang tanpa bertanding.
“Kita berjuang untuk kerusi yang boleh dimenangi atau ‘Kategori A’, tetapi diberikan kerusi ‘Kategori F’.
“Ada yang kita terpaksa ambil kerana ada tapak di situ tidak seperti parti lain, tetapi tidak bererti perlu bertanding di semua kerusi…