Hot FM

PKR yakin isu jawatan pengerusi PH Sabah tak jejas kerjasama PRN


ewon benedick
Disember lalu Presiden Upko Ewon Benedick yang juga menteri pembangunan usahawan dan koperasi dipilih sebagai pengerusi PH Sabah bagi penggal 2024 hingga 2026. (Gambar Fcebook)

IPOH: PKR yakin isu jawatan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah tidak akan menjejaskan semangat dan kerjasama gabungan itu dalam menghadapi PRN tahun ini.

Ketua PKR Sabah, Mustapha Sakmud, berkata isu berkenaan bersifat teknikal dan keputusan mengenai jawatan itu perlu diputuskan Majlis Presiden PH, yang merupakan jawatankuasa tertinggi gabungan dan dianggotai PKR, DAP, Amanah, serta Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko).

“Apa jua keputusan yang dibuat, sama ada di peringkat pusat atau negeri, perlu melalui Majlis Presiden. Perkara yang sama juga perlu dilakukan jika ia melibatkan sebarang perbezaan antara parti dalam gabungan PH,” katanya.

“Setakat ini, belum ada sebarang kata putus Majlis Presiden berhubung hal yang berlaku. Kita sebagai pimpinan di peringkat negeri akan akur dengan segala…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version