Site icon Hot FM

PKS harap bantuan dalam Bajet 2023


Inflasi, kekangan buruh dan margin keuntungan mengecil menyulitkan PKS untuk bertahan.

PKS mahu melihat inisiatif dalam Bajet 2023 membantu mereka menangani masalah seperti peningkatan kos bahan mentah dan kekurangan buruh.

PETALING JAYA: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mahu kerajaan melunaskan janji melanjutkan bantuan untuk menyokong pemulihan industri itu.

“Antara cabaran didepani PKS melibatkan kos tinggi bahan mentah dan kekangan buruh (yang mana) menjurus kepada margin keuntungan menurun,” kata Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) William Ng kepada FMT Business.

“Kami berharap melihat pemberian insentif cukai dan peluang pembiayaan menyokong pemulihan perniagaan.”

Ketika sesi pembukaan konsultasi belanjawan pada 17 Jan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan mengumumkan penekanan Bajet 2023 yang disemak merangkumi kemajuan digital, PKS dan ekonomi hijau.

Samenta mahu kadar cukai pendapatan diturunkan kepada 15%…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version