Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PLKN siri 2/2025 bermula 11 Mei

today22 April 2025

Background


plkn
Program Latihan Khidmat Negara Siri 2/2025 akan diadakan di dua lokasi iaitu Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2/2025 akan bermula dari 11 Mei hingga 24 Jun ini di dua lokasi iaitu Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan memaklumkan panggilan kemasukan pelatih bagi sesi latihan selama 45 hari itu boleh disemak bermula hari ini melalui laman sesawang rasmi di https://jlkn.mod.gov.my/.

Menurut JLKN, seramai 550 pelatih dijangka dipilih menjalani latihan berbentuk fizikal, mental dan sivik yang merangkumi modul berintegrasikan 70 peratus latihan asas ketenteraan dan 30 peratus berdasarkan komponen kenegaraan.

“Bagi modul latihan asas ketenteraan, para pelatih akan dilengkapi kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post