

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengatur jadual untuk ke Tehran pada masa yang sesuai ketika perbualan telefon dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian.
Anwar berkata ketika perbualan itu, beliau turut merakamkan penghargaan atas dukungan serta kerjasama Iran dalam membantu urusan pelepasan kapal Malaysia di Selat Hormuz tempoh hari dan menzahirkan harapan agar Iran segera kembali aman.
Beliau juga menyatakan pendirian tegas Malaysia yang mengecam sebarang tindakan serangan dan pencerobohan termasuk yang melibatkan serangan dron serta tindakan ketenteraan Israel-Amerika Syarikat
Menurut Anwar, Pezeshkian turut menyatakan penghargaan terhadap pendirian konsisten Malaysia yang menjunjung keamanan, keadilan dan prinsip kemanusiaan di pentas antarabangsa.
“Pezeshkian mengundang saya untuk mengadakan lawatan ke Tehran…