Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PM akan umum formula agihan gas Petros-Petronas, kata Abang Jo

today10 December 2024

Background


Abang Johari Openg berkata syarikat minyak dan gas milik kerajaan Sarawak akan meneruskan kerjasama dengan Petronas dalam industri gas di wilayah berkenaan.

PETALING JAYA: Formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dengan Petronas akan diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata beliau meyakini isu tersebut sudah boleh dianggap selesai sementara menunggu pengumuman itu.

Katanya, perkara itu sebenarnya tidak ada masalah, hanya dari sudut perundangan yang mana Petronas bergantung kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA).

“Manakala kita (Sarawak) bergantung kepada Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 dan ini sudah diputuskan bahawa PDA dengan OMO ini boleh wujud bersama (coexist).

“Namun, ramai yang membuatkan perkara ini sebagai suatu isu yang besar di mana ada yang kata Petronas akan hilang (keuntungan) RM100 bilion. Ya, mungkin memang akan kurang sedikit disebabkan oleh pengagihan gas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post