
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) melaksanakan tugasan berkuat kuasa serta-merta, walaupun undang-undang berkaitan agensi berkenaan hanya akan dibentangkan di Parlimen pada Julai.
Beliau berkata semua agensi di bawah MCBA boleh mula menempatkan pegawai dan anggota masing-masing bagi menyelaras dan memastikan pelaksanaan serta kelulusan kemasukan disegerakan, selain kawalan keselamatan dijaga, sekali gus aktiviti penyeludupan dapat dihentikan.
“Bagaimana ia dapat dilaksanakan? Saya jawab punca kuasa adalah pada pegawai berkenaan, maknanya polis ada pegawai polis, Kastam ada pegawai Kastam, jadi semuanya ada punca kuasa,” katanya, selepas majlis penyerahan dokumen terma rujukan MCBA di Kompleks Kementerian Dalam Negeri.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof,…