
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bersama agensi berkaitan memperhebat operasi terhadap kegiatan pengimportan sisa elektronik (e-waste) secara haram di negara ini.
Ketua Pengarah AKPS Shuhaily Mohd Zain berkata, perdana menteri mahu agensi itu bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis serta agensi-agensi berkaitan bagi membanteras kegiatan itu.
“Perdana menteri dengan keras mengarahkan, sekiranya ada mana-mana pegawai penguat kuasa terlibat memberi perlindungan dan mengambil imbuhan rasuah dalam kegiatan penyeludupan itu, tindakan tegas perlu ambil tanpa mengira siapa,” katanya.
Berucap pada Majlis Amanat Ketua Pengarah AKPS hari ini, beliau berkata, isu integriti dalam kalangan semua agensi penguat kuasa…