PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Perpaduan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berbincang dengan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) bagi mengelakkan salah faham isu penempatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata pertemuan itu bagi mendengar pandangan MCCBHST dan menyatakan pendirian kerajaan.
“Sebaik mungkin isu-isu ini diurus dengan baik tanpa salah faham terutama bila penjelasan telah pun dibuat lebih kurang tiga minggu lalu,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Kementerian Komunikasi.
Semalam, MCCBCHST dalam kenyataan membantah cadangan menempatkan pegawai Jakim di jabatan kerajaan yang didakwa berpotensi menjejaskan jaminan Perlembagaan termasuk hak asasi yang dilindungi Perkara 5 hingga 13,…