Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga mahu menaikkan elaun guru tetapi memerlukan sedikit masa untuk berbuat demikian.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan untuk memastikan tidak ada “kerenah birokrasi” yang akan mempengaruhi usaha membaiki sekolah-sekolah daif di negara ini.
Anwar berkata, beliau mengarahkan kedua-dua kementerian tersebut untuk mempercepatkan kerja-kerja pembinaan semula di sekolah-sekolah itu, dan tidak mahu sebarang kerenah pentadbiran menghalang usaha kerajaan.
Beliau yang juga menteri kewangan, turut mempersoalkan mengapa ada beberapa pelajar masih belajar tanpa kemudahan asas seperti tandas ketika negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang mengagumkan.
“Kita dahulu merekodkan pencapaian yang mengagumkan (dalam ekonomi). Tetapi jika sebuah sekolah…