Hot FM

PM beri bayangan lebih banyak penjimatan dalam Belanjawan akan datang


anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata ketidaktentuan geopolitik dunia susulan serangan AS-Israel ke atas Iran beri kesan kepada ekonomi global. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Belanjawan 2027 akan dirangka dengan lebih banyak langkah penjimatan, susulan tekanan ekonomi global yang menjejaskan kedudukan fiskal negara.

Anwar berkata ketidaktentuan geopolitik dunia termasuk rantaian ketegangan susulan serangan Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel, ke atas Iran memberi kesan kepada ekonomi global sekali gus menuntut perbelanjaan kerajaan yang lebih berhemah.

“Dampak daripada serangan itu menyebabkan ekonomi kita juga terjejas… jadi, jangan kita ambil sikap sambil lewa atau remehkan bila saya buat keputusan baharu.

“Memang kita minta kementerian-kementerian termasuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi rayulah… bagaimanapun, mesti ada pengurangan dalam jabatan kerana mustahil dalam RM20 bilion itu tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version