
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap kadar kemalangan tinggi dalam kalangan pengguna motosikal yang berkait dengan kelemahan penguatkuasaan undang-undang selain isu penyelenggaraan jalan raya.
Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata kebimbangan sama turut dizahirkan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Lee Lam Thye, yang mengadakan kunjungan hormat ke atas perdana menteri hari ini.
“Antara inti pati pertemuan kami adalah mengenai isu keselamatan jalan raya dan keselamatan di tempat kerja.
“Saya berharap NGO seperti ini dan lain-lain lagi akan terus memberi khidmat kepada komuniti dalam membina budaya keselamatan yang mampan selain turut memainkan tanggungjawab dalam menyampaikan misi dan hasrat kerajaan khususnya kesedaran tentang Malaysia Madani,” katanya.
Anwar berkata pertubuhan bukan…