Site icon Hot FM

PM hadir sidang tergempar OIC esok


Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menyatakan pendirian tegas Malaysia mengenai usaha segera untuk menamatkan serangan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza. (Gambar AP)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menghadiri sidang kemuncak tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi esok.

Sidang kemuncak itu akan membincangkan serangan, kekejaman dan ketidakberperikemanusiaan rejim Israel yang berterusan ke atas Palestin.

Dihoskan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman, sidang kemuncak itu akan turut dihadiri oleh pemimpin dan wakil negara anggota OIC.

“Sidang kemuncak ini akan didahului dengan dua mesyuarat persediaan iaitu mesyuarat persediaan peringkat menteri pada 10 Nov 2023 dan mesyuarat persediaan pegawai-pegawai kanan OIC pada 9 Nov,” menurut kenyataan Kementerian Luar.

Sidang kemuncak tergempar itu hasil daripada kerjasama utuh perdana menteri bersama beberapa pemimpin OIC.

Semasa sidang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version