Hot FM

PM hulur RM500 kepada 202 keluarga mangsa bah P Pinang


Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Kepada Mangsa Bencana Pulau Pinang, di Dewan Besar Sungai Dua. (Gambar Bernama)

BUTTERWORTH: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan bantuan khas RM500 kepada 202 ketua isi rumah (KIR) terjejas akibat bencana banjir di Pulau Pinang, minggu lalu.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Kanan Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Kepada Mangsa Bencana Pulau Pinang, di Dewan Besar Sungai Dua.

Shamsul Iskandar berkata, selain itu, 202 keluarga berdaftar dengan pusat pemindahan sementara (PPS) khususnya melibatkan daerah Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Tengah itu juga akan menerima RM1,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Jadi, setiap keluarga yang terjejas akan menerima RM1,500 dan ini menunjukkan bahawa perdana menteri serta kerajaan, sangat prihatin…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version