Hot FM

PM ingatkan henti guna isu kaum tarik sokongan


anwar ibrahim
Anwar Ibrahim berkata, masuk hampir 70 tahun merdeka, Malaysia perlu tampil sebagai negara yang tumbuh dengan kekuatan pelbagai kaum, tidak kira siapa pimpin negara. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi menegur parti politik untuk tidak menggunakan isu perkauman bagi menarik sokongan.

Taktik itu, katanya, sering digunakan jika parti politik berada dalam keadaan terdesak, terutama ketika berlaku dinamika politik yang tidak menguntungkan mereka.

“Kemudian politiknya simpang-siur, gaduh-gaduh. Bila dah gaduh, semua tarik sokongan, guna isu kaum. Bila terdesak, guna lagi isu kaum,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan Cina Malaysia kali ke-41 di Kota Syahbandar, Melaka, malam ini, lapor Bernama.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Salhah Salleh.

Anwar berkata, Malaysia telah mencapai kemerdekaan sejak 69 tahun lepas dan isu perkauman seharusnya tidak lagi menjadi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version