

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Negeri Sembilan tidak dijangka mengadakan PRN di tengah-tengah kemelut pemerintahan yang berlaku ketika ini.
Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH), namun berkata perkara itu bergantung kepada keputusan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta persidangan DUN.
“Kemungkinan besar tidak. (Namun) ia terpulang kepada Tuanku, dan sudah tentu persidangan DUN,” katanya menurut Bernama selepas mesyuarat tertutup dengan kepimpinan tertinggi Huawei, yang diadakan sempena pelancaran Makmal AI dan Pusat Inovasi Huawei, Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada PRN akan diadakan untuk menyelesaikan situasi di negeri itu.
Terdahulu, perdana menteri berkata sebarang perkembangan mengenai pentadbiran Negeri Sembilan akan…