Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PM komited bantu urusan halal komuniti Islam Brazil

today17 November 2024

Background


Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berbincang dan bertukar pandangan soal pembangunan ummah bersama komuniti Islam Brazil, di Masjid Luz di Rio de Janeiro. (Gambar Bernama)

RIO DE JANEIRO: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memulakan program dengan sesi diskusi santai bersama komuniti Islam di sini.

Beliau turut menyatakan komitmen Malaysia dalam membantu urusan berkaitan halal, selain usaha memartabatkan agama suci itu menerusi pendidikan dan dakwah kepada komuniti Islam di Brazil.

“Dalam pertemuan ini, kami dapat berbincang dan bertukar pandangan soal pembangunan ummah di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas bertemu wakil-wakil masjid tunggal di sini iaitu Masjid Luz.

Mewakili Masjid Luz ialah Presidennya, Mohamed Zeinhom Mohamed El Fateh Mohamed Abdien, Imam Sancho Jorge Mulungo @ Adam, Timbalan Pengarah Jabatan Sosial Julia Leal Menezes, dan Pengarah Kewangan masjid berkenaan Abdullah al Masri.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar Mohamad Hasan.

Perdana…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post