
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan pembangunan bandar baharu Brabazon YTL di Bristol yang terletak di barat daya England.
Pembangunan oleh YTL Group yang memenangi anugerah itu dijangka mengubah tapak bersejarah Filton Airfield menjadi kawasan yang menempatkan kemudahan penting seperti tempat kerja, sekolah, kedai, pengangkutan awam, penjagaan kesihatan dan kawasan hijau dalam tempoh 15 tahun.
Selain pembangunan 6,500 rumah lestari berkualiti tinggi, projek itu juga akan membina tiga sekolah dan taman bandar baharu.
Anwar yang juga menteri kewangan memuji usaha YTL, pelabur terbesar Malaysia di United Kingdom (UK), dalam menjayakan pelbagai pembangunan utama di negara tersebut, lapor Bernama.
YTL membuat pelaburan…