
BUKIT JALIL: Kerajaan akan membantu rakyat Palestin yang cedera akibat kekejaman tentera Israel termasuk menyediakan kemudahan perubatan dan membawa mangsa ke negara ini untuk menerima rawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, untuk tujuan itu kerajaan memperuntukkan dana untuk membawa rakyat Palestin yang cedera atau merawat mereka di sana.
“InsyaAllah kita akan lakukan sedaya upaya. Kita akan bantu yang sakit sama ada dirawat di sana (Palestin) atau bawa ke mari untuk beri rawatan.
“Kita akan teruskan tanpa tolak ansur, kerajaan akan peruntukan dana,” katanya ketika berucap di Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, malam tadi.
Anwar berkata, beliau juga menghubungi Presiden Turki Reccep Tayyip Erdogan dan Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa serta Putera Mahkota Arab…