
KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai potensi amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi dinamik kerana negara mempunyai sumber diperlukan, tenaga kerja berkelayakan selain asas ekonominya yang kukuh, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kerajaan perpaduan juga telah merangka satu siri dasar, iaitu Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk menyokong matlamat ini.
NETR yang terdiri daripada projek pemangkin bernilai RM25 bilion merupakan rancangan unik untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bagi tenaga boleh baharu dan teknologi hijau, katanya pada majlis makan malam bersama diaspora dan pelajar Malaysia di New York, Amerika Syarikat.
Anwar berkata, NIMP 2030 bukanlah olahan semula daripada rancangan lama tetapi merupakan peralihan daripadanya dengan memfokuskan kepada…