Site icon Hot FM

PM sahkan Lynas dibenar lanjut operasi 6 bulan lagi


Anwar Ibrahim berkata lanjutan operasi itu dibenarkan mengikut syarat yang ketat dan sentiasa dipantau.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Lynas menghasilkan kira-kira 1.08 juta tan matrik buangan radioaktif sejak beroperasi di Malaysia pada 2012. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan syarikat pengeluar nadir bumi Lynas diberi kebenaran untuk melanjutkan operasi selama enam bulan lagi mengikut syarat yang ketat.

Anwar berkata, lanjutan operasi itu dibenarkan mengikut syarat ketat dan dipantau.

Katanya, maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang esok.

Terdahulu, Chang memberitahu FMT, Lynas mendapat lanjutan selama “beberapa bulan” lagi untuk meneruskan operasi memproses dan mengimport bahan radioaktif di Malaysia.

“Sila tunggu kenyataan esok untuk maklumat lanjut,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Kementerian itu mengadakan tribunal tertutup…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version