
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap Lokman Noor Adam atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial.
Ismail yang juga naib presiden Umno, selaku plaintif memfailkan saman fitnah tersebut atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada 8 Sept lepas, dengan menamakan Lokman, 49, yang merupakan ahli Umno selaku defendan tunggal.
Dalam penyataan tuntutan, Ismail, 62, mendakwa Lokman pada 22 Ogos lepas telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif dalam satu video bertajuk “Bila Presiden Umno Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir – Lokman Adam”.
Beliau berkata kenyataan-kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar berkenaan plaintif dimuat naik menerusi empat akaun media sosial milik…