Hot FM

PM saman Lokman berhubung kenyataan fitnah menerusi media sosial



Selaku plaintif, Ismail Sabri Yaakob mendakwa Lokman Noor Adam pada 22 Ogos lepas telah membuat kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu video dimuat naik di media sosial.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap Lokman Noor Adam atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial.

Ismail yang juga naib presiden Umno, selaku plaintif memfailkan saman fitnah tersebut atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada 8 Sept lepas, dengan menamakan Lokman, 49, yang merupakan ahli Umno selaku defendan tunggal.

Dalam penyataan tuntutan, Ismail, 62, mendakwa Lokman pada 22 Ogos lepas telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif dalam satu video bertajuk “Bila Presiden Umno Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir – Lokman Adam”.

Beliau berkata kenyataan-kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar berkenaan plaintif dimuat naik menerusi empat akaun media sosial milik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version